Sunday, April 26, 2009

Malaysia is being considered as a neutral zone for replacement venue by Pakistan Cricket Board

Malaysia Jadi Venue Berkecuali, Pilihan Lembaga Kriket PakistanBy: Ramjit-->
NEW DELHI, 14 April (Bernama) -- Malaysia mungkin menjadi venue berkecuali bagi Pakistan menganjurkan siri perlawanan kriket antarabangsa berikutan kesangsian pasukan asing bermain di negara itu.Pasukan negara asing keberatan untuk beraksi di Pakistan berikutan kejadian serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata ke atas pasukan kriket Sri Lanka di bandar Lahore awal bulan lepas.

Dalam kejadian itu, enam pegawai polis dan seorang pemandu terbunuh dan beberapa pemain Sri Lanka mengalami kecederaan.Memandangkan keadaan keselamatan tidak menentu di negara itu, Lembaga Kriket Pakistan (PCB) terpaksa mengubah perlawanan antarabangsanya ke negara luar selepas pasukan asing enggan berkunjung ke negara itu.

Pengerusi PCB Muhammad Ijaz Butt berkata Malaysia, yang menganjurkan Kejohanan Tiga Negara Piala DLF -- Australia,, India dan West Indies di Akademi Oval Kinrara pada 2006, mempunyai potensi untuk dipilih sebagai venue berkecuali.

"Kami mempunyai beberapa venue pilihan dan kami mengkaji kesesuaiannya," kata Butt seperti dipetik dalam laman web kriket Cricinfo."Kuala Lumpur, Ireland dan Glasgow adalah antara venue pilihan. Belum ada keputusan muktamad pada peringkat ini dan berharap satu keputusan akan dibuat bulan depan," katanya.

Selain itu, England dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) juga dalam senarai PCB bagi menjadi hos bagi siri perlawanan ujian dan perlawanan antarabangsa sehari (ODI) yang akan diadakan sepanjang 12 bulan akan datang.-- BERNAMA


Malaysia Bersedia Jadi Gelanggang Berkecuali PakistanBy: Ramjit-->
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Malaysia bersedia menjadi gelanggang berkecuali bagi Pakistan menganjurkan siri perlawanan kriket antarabangsa berikutan kesangsian pasukan negara lain bermain di negara itu.Setiausaha Kehormat Persatuan Kriket Malaysia C. Sivanandan berkata Malaysia sudah mempunyai dua kompleks kriket yang mendapat pengiktirafan daripada Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) untuk dijadikan gelanggang bagi siri perlawanan ujian dan perlawanan antarabangsa sehari (ODI).

"Akademi Oval Bayu Emas di Kelang (Selangor) dan Akademi Oval Kinrara (Selangor) memang sudah mencapai tahap untuk penganjuran kriket bertaraf antarabangsa,""Jadi dari segi fasiliti kita memang dah bersedia dan kita mempunyai tenaga kerja yang mencukupi untuk penganjuran kejohanan seperti itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pasukan negara asing keberatan untuk beraksi di Pakistan berikutan kejadian serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata ke atas pasukan kriket Sri Lanka di bandar Lahore awal bulan lepas.Pada kejadian itu, enam pegawai polis dan seorang pemandu terbunuh dan beberapa pemain Sri Lanka cedera.Bagaimanapun kata Sivanandan, pihaknya belum mendapat maklum balas rasmi daripada PCB.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Kriket Melayu Malaysia Rosmanizam Abdullah berkata daripada tinjauan PCB pada awal tahun, PCB lebih berminat dengan Akademi Oval Bayu Emas."Akademi Oval Bayu Emas memang diiktiraf sebagai gelanggang kriket terbaik di Asia Tenggara dan telah mendapat pengiktirafan ICC untuk kejohanan besar sejak tahun 2004," katanya.-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment